Popular Posts
-
"Alamak tertinggal kunci rumah pulak..." Mengeluh sendirian. Hmm..aku berfikir masa yang bakal berlalu. Kebetulannya housemates j...
-
"Alis,cikgu FIZIK cuti an??" tanya ku kepada alisa "Haah,cuti 3 bulan sebab cuti bersalin,tapi tadi time aku tengok kat papa...
-
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyit...
-
persoalan yg sering di tanye pd dri sndri..siapakah diri ini???apakah keiastimewaan diri ni..apakah kekurangan diri ini..n apakah tujuan hid...
-
"Khairaa,dah mandi ke belum? dah 11.30 dah ni,nanti tak sempat pula nak pergi sekolah"..Begitulah setiap hari along akan menjerit ...
-
alis:khaira,cikgu aqif nk jumper kau esok aq:hah,buat ape.jangan buat lawak lah . x der ribut x der angin x kn die tetibe nak jumper aku ...
-
ni Aresyaa fatin umur:13 kenal time darjah 5 pengawas wakil skolah dlm pertandingn bola jaring suke bercakap(huhu jgn mrh ye sy...
-
"Yeahhh" kedengaran suara kedengaran bunyi sorakan daripada amir yang sememangnya kurang suka sama cikgu sainta. aku membuka beg...
Saturday, March 26, 2011
Sunday, March 13, 2011
ade sorang minah tu
die slalu die ejek org nme nye rhsie umur nye pon di rhsie kan die tu tinggi 180cm die ade best friend n x best friend mke dirg dkt2 sme je mcm kmbr lah .du2 dorg tu sgt chubby
Saturday, March 5, 2011
masa
"Alamak tertinggal kunci rumah pulak..."
Mengeluh sendirian. Hmm..aku berfikir masa yang bakal berlalu. Kebetulannya housemates juga tidak ada di rumah. Paling awal pun lagi 1 jam setengah mereka mungkin akan pulang.
Haih...
Aku terus berfikir. Hmm...ada penyesalan di atas kecuaian yang berlaku.
Rancangnya hendak study tadi. Tapi nampaknya sudah tidak dapat diteruskan niat murni ini.
Aku merenung sekeliling rumah, mencari-cari ruang-ruang yang boleh ditembusi. Hampa. Semuanya dikunci.
Rumahku dikunci
Haih...
"Camne la nak buat ni!" keluhku sendirian.
Ting!!
Tiba-tiba aku teringat pesan Mr. X.
"You can't change the past, but you can ruin the present by worrying about the future."
Kenapa perlu untuk aku berkira-kira masa yang akan berlalu. Pastinya tidak dapat aku tebus kembali. Paling bijak untuk aku merancang masa sekarang.
Dari sibuk memikirkan 1 jam yang bakal hilang, elok aku memikirkan 3 jam yang bakal menjelang dan bertindak sekarang!
Peristiwa yang menarik dan cukup bermakna untuk diriku. Menjadi kebiasaan kita terbawa-bawa dengan penyesalan. Bukan salah cuma jangan keterlaluan. Fokus kepada apa yang kita ada sekarang jauh lebih mantap dari membiarkan kerisauan memenuhi kotak pemikiran.
Pastinya setiap kita telah diberikan Allah akan masa kita. Istilah tidak cukup masa perlu direnung kembali sebab Allah itu Maha Mengetahui. Allah tidak akan memberikan sesuatu kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, maka masa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita sememangnya cukup untuk kita. Masa itu tidak cukup andai kita sibuk membuangnya.
Fikir-fikirkan.
sultan muhammad Al-Fateh
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?
Biodata Ringkas
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.
Pendidikan
Subscribe to:
Posts (Atom)